Wednesday, June 16, 2010

MEET MY KUKU DAN RARA ♥

kalau deco bersama eric menampilkan hiasan untuk rumah, aku pula nak berkongsi hiasan untuk rumah pasangan bahagia kuku dan rara. Untuk pengetahuan, kuku dan rara sah bergelar pasangan sejak lebih setahun yang lalu.Di awal usia hidup mereka, mereka hidup sangat bersederhana. Hanya berbekalkan sebuah akuarium yang sangat kecil dan hanya muat-muat bagi mereka dan seketul batu untuk hiasan tambahan.



tengok, aku dah kata. sangat sederhana mereka hidup dan menjana pendapatan dengan menarik perhatian kanak-kanak sahaja.



sekarang, badan kuku dan rara semakin membesar. umur semakin meninggat dan mereka memerlukan tempat yang lebih luas dan lebih kondusif gitu. tapi anak tak ada lagi. berapa tahun merancang cik kak oi?teringin nak timang cucu.ha ha ha.


Pengalaman selama setahun menjaga kura-kura ni kan, adalah yang paling utama untuk memberi makan of course TAPI kebersihan air juga KENA dititikberatkan. Kura-kura tak suka woo air kotor-kotor dan digalakkan guna air mineral/ air bertapis untuk mereka. Kalau dulu, aku perlu menggantikan air SETIAP HARI sebab sisa makanan menyebabkan air keruh.



kura-kura saya makan lady's choice. kura-kura anda?
Lubang pada akuarium (kiri) adalah saluran untuk air di pam keluar.



sebenarnya, dalam bekas lady's choice tu aku letak beberapa ketulan arang, kapas dan penapis
(berfungsi sebagai penapis semulajadi) supaya air yang masuk semula ke dalam akuarium bersih.



sediakan satu ruang santai pada akuarium dengan meletakkan ketulan-ketulan batu sungai supaya kura-kura dapat berehat sambil mendengar music kegemaran. mereka kan hidupan dua alam. mereka memang suka alam darat dan air.



papa
: hai mak nye, moh le kite rehat dulu. penat dari tadi asyik berenang.
mama: iyolah ayahnye (sambil berlari-lari anak mendapatkan sang suami).


rentetan sejarah:

4 APRIL 2009: kuku dan rara tiba-tiba muncul depan pintu bilik hostel dekat U dulu. ada orang bagi sempena birthday yang ke 19.
sungguh terkejut dan teruja sebab memang mengimpikan sepasang kura-kura untuk dijadikan teman.
TERIMAKASIH PEMBERI!!


seminggu kemudian: si betina jatuh sakit lalu meninggal dunia. Aku dengan sedih telah meng-khabarkan berita tersebut kepada pemberi tadi. Beliau kemudian membeli seekor lagi betina yang memang serupa supaya si jantan tidak berasa sedih dan sunyi. Orang baru ini nampaknya serasi dan memberi sinar kepada si jantan untuk hidup bersama.


credit to the whole fmly mmbers yang bersama-sama menjaga kuku dan rara.!!

kongsilah pengalaman menjaga kura-kura anda ya!

10 comments:

  1. alalalah!
    comel sesuai dgn nama hye kuku & rara!

    ReplyDelete
  2. comel gila kuku dan rara...=)

    ReplyDelete
  3. @Kie-yu
    tengs!!hehe...kuku sebab jalur kuning pada kepala.rara sebab jalur merah.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. rajinnye bela kure2..dlu rumet Ml ade gak bela kure2..sampai berapa ekor ntah...ade yang lari keluar pastu mati belakang katil...ade yang hilang terus xjumpe...last2 sume mati..tinggal sangkar jek skrg.kiki

    ReplyDelete
  6. @miszlullaby
    hye ML!alala, sian nye kawan u punya kura-kura tu.mmg dah smpi masa kura-kura tu kan..

    ReplyDelete
  7. wa...serupa macam tuck dalam wonderpets tu. i like..

    ReplyDelete
  8. hey sukiminna!
    serupa en..
    dorang spesis sama!
    hehee

    ReplyDelete
  9. mcm mane nk bt alat pmbersih air tu brfungsi..ce cite...

    ReplyDelete

terimakasih daun keladi.arigato gozaimasu!