Saturday, September 26, 2009

lets make rainbow cake(kek pelangi)~~~!!

sebelum cuti hari tu bella ada pesan suruh bawak balik kek pelangi yang dulu aku penah bwak jugak.hmm..sedap katanya..so aku dengan penuh semangat buat kek ni..bahan-bahan yang diperlukan adalah:
  • 250gram butter
  • 220-230gram gula caster
  • 230gram tepung kek
  • 6 biji telur (2 biji dibuang putih)
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • pewarna hijau,kuning,merah(ikut wrna kek yang anda mahu)

ok..mudah je buat kek ni..
  1. mula-mula pukul butter + gula caster sampai kembang.means jd warna putih gitu.
  2. then masukkan telur sebiji-sebiji.jangan masuk terus semua 6 biji.pukul sampai sebati.
  3. pastu masukkan tepung kek.pukul lagi sampai serasi.**sambil tu panaskan oven 15min**
  4. kemudian masukkan esen vanilla.pukul sampai bau naik.
  5. selepas itu,asingkan adunan kepada warna-warna yang anda mahu.letakkan pewarna pada setiap asingan.
  6. campurkan adunan mengikut kreativiti masing-masing.
  7. bakar pada suhu 180c dalam masa 35 minit.
  8. kek sedia di makan begitu sahaja....hehehhehe


kek pelangi 3 warna


campuran 3 warna


adunan sedia dibakar
rahsia istimewa untuk kek atau kuih ataw ape-ape yang kite masak jadi sedap ialah memasak dengan hati yang riang dan girang.hahaha..jangan moody-moody nanti kek ke masakan kite
ke x menjadi...an..an...an....

selamat mencuba ;)