Sunday, May 30, 2010

kraftangan: membuat bunga dipdip

assalammualaikum dan salam sejahtera.
Bagi memeriah kan lagi cuti sekolah yang bakal menjelang tiba, disini cek inginlah berkongsi sedikit pengetahuan yang baru dipelajari beberapa minggu lepas. Actually (sebenarnya), cek sedang menjalani kelas menjahit. Tetapi kelas menjahit ni sangatlah bermakna lagi bermutu tinggi kerana cek bukan sahaja belajar teknik mengukur badan, teknik membuat pola, teknik menggunting kain dsb, malah cek juga berkesempatan mempelajari ilmu kerastangan lah pada mula nya (sebab cek tangan tak seni ). Tapi cek berusaha juga bagi jadi kraftangan tahu..

Bunga dipdip tu saja ja cek tambah bagi glemer mak ngah. Orang kebiasaan panggil "bunga dip"
Sebab kite guna cecair q-dip (q-dip liquid). Ia agak mudah dan sesuai untuk semua peringkat umur yang dapat beza antara tajam, tumpul, cecair, pepejal.

Secara ringkas nota seorang remaja, beginilah;

Bahan-bahan mentah (raw materials): 
CECAIR Q-DIP 
membuat pilihan warna kegemaran tidak salah.mengikut kreativiti.

ACUAN SILINDER
contoh nya seperti penutup botol mineral dan cawan plastik.
Makin besar saiz acuan silinder, makin besarlah saiz kelopak bunga atau daun yang bakal kita buat.

DAWAI
PITA PELEKAT
GUNTING DAWAI
SERBUK KILAU (GLITTER)
HIASAN TAMBAHAN
Langkah- langkah:

1) Bentukkan dawai mengikut bekas silinder. Kemudian, dari bentuk silinder, dengan tangan yang penuh seni liuk letukkan dawai menjadi rangka kelopak-kelopak bunga dan helai-helai daun merimbun.


2) Sejurus itu, celupkan rangka kelopak dan dedaun ke larutan q-dip. Pastikan larutan sekata dan tidak terlalu nipis kerana dikhuatiri gentian nya akan rosak (koyak) apabila sudah keras nanti. Cikgu cek kata, kalau larutan terlalu pekat, tambahkan sedikit larutan "tinner" bagi mengperhalusi larutan supaya mudah membentuk pada rangka.



3)Taburkan secara rawak serbuk kilau mengikut kreativiti.(kalau taknak pon takpa)
Serbuk kilau yang berkualiti dapat menyilaukan mata dan orang akan memuji 
"wah, cantiknya gubahan kau".hahaha

4) Cantumkan kelopak-kelopak membentuk bunga yang sudah di-igaukan semasa membuat rangka.
Kemudian, rapatkan cantuman kepada batang lidi (macam pencucuk satay dan bunga telur) dan dililit dengan pita pelekat supaya lebih kemas dan tampak profesional.

5) Hiaskan dengan hiasan tambahan. Boleh membentuk bunga telur, hantaran dsb.
Semua pon boleh....





CECAIR Q-DIP

Jangan biar terdedah kepada udara, mudah menjadi pekat/keras.



Hasil tangan cek yang tak seberapa. Ini pertama kali cek menggubah
dan memintal dawai untuk gubahan. Ada bunga bentuk "LOVE"
dan bentuk rerama.



Ini contoh rangka se-kelopak bunga. Bentuk pon sedih je tengok.


diperoleh disini. Sangat cantik okeh.




sini juga cantik gila. Menangis terharu.




Berbaju ungu itulah cikgu cek.
Banyak sangat ilmu yang cek tak penah dalami, dia ajar.
Terima kasih cikgu.
Kiri dan kanan kawan seperjuangan cek.
Bergotong-royong sesama kawan sekelas menaikkan lagi mood
dengan diiringi lagu yang sayup-sayup dari radio antik milik cikgu.


Cek tak percaya cek lakukan semua ini sebab dulu
cek bukanlah minat bab-bab ekonomi rumah tangga dan seangkatan.
Boleh buat bisnes woo. Cikgu cek kata boleh jual sekuntum rm12.00.
Kalau dah 100 kuntum?

Thursday, May 27, 2010

cerita kak fara fauzana dan shahir af8

Tajuk di atas adalah dirujuk.

Secara rasminya, cuti pada hari ini akan dipenuhi sepenuh masa dengan berehat dirumah.
Baiklah. Secara realiti nya, aku amat ber-emosi sekarang sebab rancangan-rancangan yang dirancang semua tidak menjadi. hahahhahah (gelak kan diri sendiri).

Pada mulanya, aku bercadang untuk ke YouthTen sebab nak berjumpa dengan DJ-radio-all-time-feveret iaitu KAK FAFAU. Dapat pass percuma. Siap dah prepare nak bagi something dekat dia.
Aku menjadi kipas-susah-mati (fan-hard-die) *suka hati je* sejak dia di radio ERA.
Kemudian, apabila beliau menganjak dewasa dan bertukar ke HOTFM, aku tanpa segan-silu bertukar frequensi 104.5 di Ipoh untuk mencapai siaran HOTFM.

Tapi, aku tidak dapat make-it-real untuk ke sana. Rasa hampa dan hampas disitu. Semalam aku dah prepare untuk conference dia. "ZERO to HERO". Mesti orang yang baca pelik kan, kenapa aku yang prepare?
hahahaa (sekali lagi gelak dekat diri sendiri). Aku prepare sebab aku bayangkan nanti ada sesi soal-jawab atau beramah mesra dengan kak FF. Jadi, aku tidaklah ketinggalan sangat dalam kupasan topik ini.
OH KAK FF..

Cerita seterusnya, khabar gembira aku terima yang SHAHIR akan membuat konsert worldcup di stadium Ipoh. Jadi, untuk tidak menghampakan hajat yang tidak kesampaian bertemu kak FF, maka bercadang untuk pergi ke stadium. OK. Bukan bercadang lagi, malah merancang dan menunggu masa.
hahahahha(gelak untuk diri sendiri lagi).
Sambil tu, menonton rancangan Nasi Lemak Kopi O. SHAHIR lah artis jemputan.
Aku ingat rakaman. Rupanya secara langsung. Maka, SHAHIR tidak dapat memenuhi undangan
ke stadium. Takpe. Takpe. Nanti datang, roger-roger ok!

Untuk memeriahkan cuti, mari tengok video ini.
Sangat comel gila perempuan-perempuan ini.


Semalam dapat CD Best of Indies & Hip Hop dari hotfm dengan slogan:
"Jika saya menang album ini saya akan  MEMUTARKAN LAGU 24 JAM TANPA HENTI"
Bermula 530 petang ini.

Monday, May 24, 2010

kisah katak yang menambat hati.

assalammualaikum dan selamat kepagian.

Di pagi hening saat embun pun takkan mampu menyubur sekuntum bunga yang layu.ehhh.ni lirik lagu shahir.maaff.maafff.pffft. Hamba ingin berkongsi satu video yang mana pada sejarahnya ia berasal dari file power pointt, tapi agak sukar ya untuk memuat naik file power point ke blog. Maka hamba telah meng-convert-kan kepada video dengan menambah efek audio yang memberangsangkan pembacaan.

Kisah seekor katak yang boleh diambil iktibar oleh kita semua...








 


*credit to kawanku yang perkenalkan kisah katak ini dan syapik yang telah emailkn kisah katak ini.


Pada pendapat hamba, "Pekak" bukanlah bererti pekak badak air atau memekakkan telinga dengan mencucuk dengan benda tajam atau pasang lagu melebihi tahap desible yang sepatutnya.
Jika kita sudah merancang untuk melakukan sesuatu yang baik, why not teruskan walaupun dicemuh dan dipertikaikan pihak lain. Tapi, semestilah perkara yang baik. Jangan pulak kau nak buat kerja jahat, kau pekakkan telinga tak nak dengar nasihat orang lain. Pastu, kau salahkan aku, kau cakap aku kata kalau nak buat apa-apa kerja, kena pekak kan telinga, buat jerk. Hamba cakap perkara yang baik dan memberi manfaat kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat, agama dan bangsa.


Tapi kadang-kadang, ada sesuatu yang unik yang kita hendak buat yang mungkin nampak pelik tapi memberi kepuasan kepada si empunya diri. Asalkan tidak menyusahkan orang lain, sudahlah. Seperti di bawah:



Sangatlah mengasyikkan tengok cob house dekat Canada ini kerana secara aslinya dibuat dari tanah liat, tanah, straw dan air. Amazing bukan?





Fakta menarik: Sekeping kertas tidak kira saiz hanya boleh dilipat sebanyak 7 lipatan.
(kalau ada sesiapa yang boleh lipat lebih atau fakta ini salah, please do inform me ya!)

Thursday, May 20, 2010

The Bounty Hunter ticket.

hai, assalammualaikum dan selamat malam...

Aku baru pulang dari Temerloh, Malaysia. Sepulangnya dari sana, dapat tiket FREE dari hot fom.
Terima kasih bahh hot fm sekali lagi. Tiket filem The Bounty Hunter untuk 2 orang.
Aku mahu menonton filem ini bersama Brad Pitt sebab semalam aku tengok cerita kt tv2 dia berlakon.
Persoalannya, sudikah Brad Pitt menonton bersama? cis kau.jual mahal.menci.menci.
Jawapan kepada persoalan di atas, tak mungkinlah Brad Pitt menonton bersama sebab bekas isteri dia yang berlakon.







Dekat negara beliau (pelakon) sudah tayang dua bulan yang lalu. Kt sini, baru release hari ini.
Kalau nak tahu, aku suka terjah laman web hotfm-yang-sangat-panas secara saja-saja sambil
mengisi masa lapang dan merajinkan diri menjoin-contest yang ada.
Aku hanya menaip ini untuk memenangi tiket.
"konflik rumah tangga yang dipaparkan dalam filem ini membuatkan saya tidak tidur malam"




ok.sekarang boleh tidur sebab dah dapat tiket. Perlu tonton dalam masa 7 hari.



nak meseg brad pitt bila dia free.

Monday, May 17, 2010

kejutan buat cikgu.

meon dan rakan muda.

Bersemangat je nak pergi class hari ni. Mula-mula, semua pelajar (terdiri daripada golongan muda dan dewasa) berkelakuan sepereti biasa termasuklah aku. Semangat pergi godek-godek mesin jahit tepi. Cikgu pon semangat nak ajar guna mesin jahit.

Tiba-tiba, beberapa pelajar senior, mintak izin untuk keluar. Tertinggal barang kata mereka. 
Kemudian datang sambil melaungkan "Selamat Hari Guru". Opocot mak ekau.
Eh. Eh. Aku pulak yang terkejut. Walhal memang dah ketahui sejak minggu lepas
akan ada majlis kejutan untuk cikgu. Aku buat-buat lupa.


kuih-muih traditional. Aku copp karipap 3. tak kire.



sesi pemotongan kek sambil diiringi nyanyian lagu kebangsaan "Selamat Hari Cikgu" 
sambil bertepuk untuk merancakkan lagi majlis.
sebenarnye lagu hari jadian yang ditukar lirik kepada selamat hari cikgu.bayangkanlah macam mana.


bersalaman dengan cikgu sambil mengucapkan ucapan yang sesuai.


berpelukan dengan erat seperti di hari raya.



selepas bersalaman dan berpelukan buatlah peace sign supaya nampak lebih ceria dan tidak formal malah bertambah muda. Tapi apesal rakan sekelas aku yang kanan sekali tu bercekang pinggang sambil mimik muka macam tu? Peace akak!hihi

classmates dewasa yang kembali semangat menyambung kerja menjahit. Mood aku berubah mood 
makan icingkek-smbil-bergambar.haaa.kan dah tergendala jahitan baju blouse. Jiwa orang muda memang macam tu. Suka tau bersuka-ria tanpa mengira waktu.


Secara tuntasnya, saya ingin mengucapkan selamat hari guru/cikgu/pensyarah kepada semua warga pendidik.
Juga kepada ibu saya yang berada di Ipoh.
Tidak lupa juga kawan-kawan yang mengajar walau satu perkataan. Guru ibarat lilin yang menyinari gelap.
Tapi zaman sekarang guru ibarat lampu sportlight yang menyinari malam.

*yeay,boleh pilih hadiah yang ibu dapat.*





bergembiralah, jangan jadi seperti momok dalam simen.bye!

Tuesday, May 11, 2010

minggu yang ceria ♥♥

assalammualaikum pembuka bicara.
apa khabar cinta?(wat the heck.haha)

minggu yang ceria kerana rumah acap kali dikunjungi oleh encik posmen.
sebab ini:


baju kegemaran yang diorder telah sampai dengan jayanya.A big thanks to the blogshop owner Che Lynn
for the fast and fascinate delivery by ABX.
Tidak dilupakan MR.K for the share.⎝⏠⏝⏠⎠
Hal yang kedua pula kerana ini:



mendapat hadiah berupa cek daripada HOT FM kerana fakta yang dipertaruhkan merupakan antara yang terpilih untuk HOT fm pakar fakta.Faktanya begini, mak kiah selalu gelak kuat-kuat kerana gigi sakit sebab lupa guna polident.ahh.mengarut lah kau sameon.ok.mari serius.fakta sebenar nya ialah:

**tahukah anda, saiz mata manusia sama sejak lahir tetapi saiz hidung dan telinga tidak pernah berhenti membesar.

**tahukah anda, nyamuk jantan adalah vegetarian.Hanya nyamuk betina hisap darah.

**tahukah anda, salji pernah turun di Gurun Sahara pada tahun 1979.

kenapa mesti ada "tahukah anda(did you know)?"
Mungkin fakta yang saye beri ni nampak macam very common kan tapi dapat hadiah.

seperkara yang menarik yang saye ingin kongsi kan disini, tahukah anda dimana saya dapat fakta-fakta ini?
ya!sememangnya melalui pembacaan.Tapi, di mana?
Jawapan: dalam tandas ke-satu, ke-dua dan ke-tiga pejabat.

pon..pon..encik posmen datang lagi.kali ni lebih menarik dengan kedatangan bungkusan dari
miss lovey dovey pinky.




ampoule skin product. thousand thanx ya sist!!

saye sedang menjalani kelas menjahit supaya saye dapat menjahit baju seperti ini.


siapa yang main SORORITY LIFE,
sudi-sudilah jemput saye untuk jadi housemate yaa!!


dont mess with the sisters(trademark sorority) because gua ada pembaris yang besar yang bisa robek lu punya lubang hidung.

Saturday, May 1, 2010

like button facebook on blogspot


Like button facebook kini boleh dimuat turun dalam blog anda.
once kita tekan button "like" maka ia akan appear dekat dinding wall facebook kita di recent activity.

klik sini untuk panduan.