Sunday, December 19, 2010

yang tua dihormati, yang muda disayangi

Alhamdulillah tadi sempat mendengar ceramah dekat masjid. Jarang sekali aku nak ke masjid kalau bukan bulan puasa untuk solat terawih. Selalu nya jemaah di rumah je. Everything was ok sampai lah part nak solat isya lepas ceramah. There was a woman/ puan / makcik / nenek on my right. On my left was my puan jiran sebelah rumah.
Then bila dah start iqamah tu, aku bentang lah sejadah kasi besar sikit sebab my puan jiran takda sejadah (share sejadah) . And the rambu-rambu of the sejadah tu menutupi sedikit sejadah makcik on my right.
Then suddenly, she TOL ( talk out loudly) "HEY, KENAPA TUTUP SEJADAH AKU TUUUUU".
And i was macam, terpinga - pinga.
Is it mine? n Yeah.mine. aku terus duduk membetulkan rambu-rambu yang menutupi sedikit sahaja sejadah beliau. And she continue TOL " TAKPE, SEMAYANG LA KAT SINI" and terus membawa sejadah nya pergi. Again, aku terpinga. Ape salah besar sangat ke tertutup sedikit sahaja sejadah beliau? Aku macam nak nangis pon ada. Kecik ati aku. Kepada makcik tersebut, if u read this, i'm sorry for that. From the buttom of my heart. Peace yawww makcik! ^_^


Friday, December 3, 2010

kelas skin care bersama mary kay.

Peribahasa "jika tidak dipecah ruyung, di mana boleh mendapat sagu", sering kali disebut dalam masyarakat kita.Tuliskan sebuah cerita berdasarkan peribahasa itu.


Beberapa hari yang lepas, saya bersama beberapa orang rakan telah mengikuti kelas penjagaan kulit bersama Puan Dya. Pada mula nya, saya memang berniat membeli produk mary kay ini.
Tapi, untuk membeli atau mencuba produk ini, anda perlu berjumpa dengan beauty consultant itu sendiri. Mary kay tiada dijual di pasaran awam seperti guardian, watson atau najwa (kedai francais yang macam guardian juga).

Maka, tarikh ditetapkan. Hari berganti hari. Pada hari itu, kami semua berjumpalah. Belajar cara merawat dan menjaga kulit muka dengan BETUL. Ya! Dengan betul. Sebab selama ini, punya lah rasa cara mencuci muka adalah betul.Padahal tidak.Betul. Saya tak tipu. Mungkin cara anda mencuci muka menerukkan lagi muka anda. Hati-hati tau. Benarlah kata pepatah, jika tidak dipecahkan ruyung, di mana mendapat sagunya. Alamak, salah letak pulak pepatah.


Mula-mula sekali, Puan Dya mengajar cara mencuci muka (sepenuh muka).Diikuti pemakaian masker (separuh muka).Kemudian penyegar (toner) dan pelembap. Hey, kau orang nak tahu, perbezaan ketara antara sebelah muka kiri dan sebelah muka kanan! Sampai berhari juga lah perbezaan dapat dilihat. Seperkara lagi yang paling ketara, eye bag sebelah mata terawat dengan mary kay. Bukan Puan Dya kedekut nak bagi untuk kedua-dua belah muka, tak baik tau kau orang fikir macam tu. Sebab nak bagi nampak perbezaan lah. he he he


Seperkara lagi, ada masker untuk bibir tau. Ini memang the very first time lah aku cuba. Hasilnya, berhari-hari aku lihat. Puan Dya bagi lah sorang sikit masker bibir ni. Letak kat bahagian bawah bibir. Memang sampai hari ini, bibir bawah je bersinar dan pink gitu. 
Aku rasa sangat pelik. Yelah, cube kau orang bayangkan. Sebelah muka berseri sikit. Sebelah lagi kusam. Sebelah mata eye bag, masyaALLAH sampai kembung-kembung. Sebelah lagi, surut dan anjal (betul ke perkataan ni, adoi). Bibir atas, kusam dan menggelupas. Bibir bawah, berkilat dan memantulkan cahaya. ♥ _ ♥


Lepas tu, Puan Dya ajar kami basic step lah untuk make up, how to choose foundation yang suits dengan warna kulit, cara pakai eye shadow yang sebenar n so on.
And YES, aku memang tak tahu. Aku takda foundation pun. Aku takda eye shadow juga.


PUAN DYA DAN KONCO-KONCO



REAN.


Kelas hari tu, memang sangat bergunalah bagi aku. Bukan senang nak jumpa kelas penjagaan FREEEE macam ini. Guna Mary Kay lagi.Benarlah kata pepatah, kalau tidak dipecahkan ruyung, dimana dapat sagunya.
Kita tidak akan mendapat hasil jika tidak berusaha.
TERIMA KASIHHH PUAN DYA.........




BARISAN BELAKANG: REAN, FAUZIAH, AZIMAH DAN THE H
BARISAN HADAPAN: PUAN DYA, SUAMI DAN ANAK,HILMAN CUTE GILER

habis the H dikerjakan. Mentang-mentang dia takda kening, Puan Dya lukis kan. ha ha
rasa macam elfira loy ada (tang kening saja) =.=


credit to google.



hubungi, beauty consultant terbaik dari ladang, puan dya.

Thursday, December 2, 2010

nak nak nak kerete ni!


PRESENTING.......TUAH DAN SAUDARA-SAUDARANYA




TUAH


JEBAT



KASTURI


LEKIU





QUADRUPLE VIEWS OF LEKIR..FUHH 

CHOPPPPP LEKIR!!

AKU PALING SUKA DESIGN LEKIR. SPORTY DAN FEMININ GITU. ♥ _ ♥
MAJULAH INDUSTRI PERMOTORAN NEGARA.!

SUMBER SINI TAU.








Tuesday, November 30, 2010

sony sang kamera digital

Lokasi: Cameron Highland, rose garden.
Kamera: Sony CyberShot w180

hey! gambar-gambar ni saje je tau.bukan ape-ape pon. lagi pulak pakai kamera digital je. ^_^
sebenarnye, aku baru membongkar sesuatu pada kamera sony aku ni. LET'S CEKIDAUTT!!


to be honest, selama aku duk guna kamera ni, macam ni je lah gambar yang aku tahu ambik.
terang macam tu lah.takda kabur background 
(limited ka apa ntah term dia,sori, idk terms dalam fotography super noob) LOL

 yang ini pun serupa macam di atas.plain.macam biasa.haha.kalau nak kabur side tepi ka, 
kabur belakang ka, aku biasa edit je.btw,  ini kaktus.hihihi


kemudian, aku cuba lagi. Tetiba dapat pulak gambar di atas. ini limited lah kot.
I mean bukan limited yang macam limited edition tu, tapi term untuk background belakang kabur, 
while the thing kita focus tu jelas, call as limited.
(kalau salah, tolong betulkan..)


bunga rose. pink perlahan. i always used "perlahan" instead of "cair". =.=



again, roses. Pink lebih pekat dari yang perlahan tadi.
So, panggil pink pekat.eh, ke maroon?
 


again, rose!  ini dekat rose garden baru aku ingat.


rose pink-ke-orange-an


slow yellow rose. I mean kuning perlahan/cair.

cintakan bunga, bunga kan layu. Macam inilah.


baby rose yang tak mengembang lagi.alololoolo



i told ya! digital sony bisa juga buat macam ini.hai dslr!
tapi, ofc lah dslr much much better. nak nak ^_^
tapi macam gambar panning,fast shutter, slow shutter, extended lah 
and semua  tu salam takziah lah untuk kamera digital sony. wuuu =.="


the orange one.


 a bouquet of rosesssssss hihihi >.<









alaaa..terselit pulak gambar ni.malas nak remove.
ini bukan rossnah atau rosmawati.
ok bye!



oh ya! gambar atas tadi semua tak edit tau kecuali gambar "bunga" kat bawah sekali tu, edit lah sikit. Kasi aa chance black n white sikit.Chill bebeh!!

Wednesday, November 24, 2010

Mr.K♥

All the fears you feel inside
and all the tears you cry
they're ending right here
I'll heal your heart and soul
I'll keep you  so close
Don't worry; I'll never let you go
You're all I need, you're everything.




My love, there's only you in my life,
The only thing that's right.
My first love, you're every breath that I take,
You're every step I make.
And I, I want to share, all my love with you,
No one else will do.
And your eyes, they tell me how much you care.
Oh yes, you will always be, my endless love.




song: ENDLESS LOVE (Diana Ross and Lionel Ritchie) and  By My Side (David Choi)

Saturday, November 6, 2010

kehidupan.

At least I'm moving forward.
At least I'm moving forward.
At least I'm moving forward.
At least I'm moving forward...

I stand before, a road that will lead,

Into the unknown - at least unknown to me.
I want to go, but I'm paralyzed with fear.
Fear of a choice, where the outcome isn't clear.

Nooo, but still I gooo.


And I take the first step of a million more.

And I'll make mistakes I've never made before.
But at least I'm moving forward, at least I'm moving forward.
At least I'm moving forward...

I wonder if the journey will be,

Short as I hope, or much longer than it seems.
But either way, I've made up my mind.
I'm through feeling scared, I'm leaving that behind.

Sooo, Now it's time to gooo.


And I take, the first step of a million more.

And I'll make mistakes I've never made before.
But at least I'm moving forward, at least I'm moving forward.
At least I'm moving forward...

And in while I'll be singing.


Tuesday, November 2, 2010

I'll spread my wings and I'll learn how to fly.I'll do what it takes till I touch the sky.

sejak dua menjak ni aku breakfast seperti raksasa. Cukup lah sekadar dua keping roti canai yang di lenyek dengan penuh kasih sayang dan dua biji telur separuh masak yang direbus dengan secangkir kelembutan.
say hello to kedai mamak(s) around seksyen 7!

selepas breakfast, niat memang nak study untuk subjek kegilaan aku. Kegilaan disini yang membawa maksud yang bisa membuat aku gila..sebab aku tak berapa minat subjek ni. Tapi abah aku pesan, kalau kita tak minat sesuatu subjek tu kan, cuba buat satu soalan. Kalau tak tahu, tenung tenung dan tenung (sambil berfikir), and finally, kita akan berusaha untuk cari penyelesaiannya. And dari situ akan timbul minat.

sepanjang musim peperiksaan ni, aku banyak habiskan masa di library atau maktabah dalam bahasa arabnya atau raiburari dalam bahasa jepun. tapi hari ini, aku cuba untuk study di bilik sahaja memandangkan hujan renyai-renyai di luar.ingat! tenung tenung dan tenung..



udara sejuk.







pasang lagu mendayu-dayu.











okay! tak berjaya.akhirnye tertidur di atas 3 buah kerusi yang disusun menjadi katil. :(

Friday, October 29, 2010

mak lampir kembali.

amaran: tajuk tak berkaitan dengan entry ini dan umur 15 tahun setengah (1/2) diperlukan untuk membaca entry ini.

Alkisah semalam. Aku berhajat untuk membuat salinan (potostat) soalan-soalan tahun lepas subjek fluid haziq punya. Maka aku telah pergi ke sebuah kedai nun di seksyen 2.

1. masuk ke kedai tersebut dan menerangkan kepada brother kat situ yang aku nak potostat single sided sahaja. Secara original, soalan-soalan tersebut berbentuk double-sided. Tapi aku nak buat single-sided.

2.brother tu dengan macho mengangguk tanda memahami kehendak aku. (mood: gembira)

3.sambil menunggu, pergi makan kfc dengan lahapnya. Dah lama tak makan kfc, dan aku suka kannya!

4. Habis makan, pergi kedai brother tu semula dan bayar.(mood: semangat nak jawab soalan-soalan)

5. Naik bas rapid balik kolej dan belek-belek yang di-potostat tadi.

6.Terkejut bukan kepalang sebab brother tu betul-betul bikin aku baran. Baran macam mana?
macam ni:    T__________________T

7. Brother tu potostat memang muka surat depan sahaja. Contoh macam soalan 1 muka surat depan dan soalan 2 muka surat belakang, soalan 3 muka surat depan balik dan seterusnya. Jadi untuk semua past year question tu, memang tak lengkap. Soalan 1 ade, soalan 2 takda, soalan 3 ada balik.

8.Aku tetap bersabar.

9.Pergi print soalan-soalan yang tidak ter-potostat oleh brother tu.

10.ucapan untuk brother itu: wa caya sama lu beb!! T________T

Friday, October 22, 2010

senyum



Always wear a smile. Remember, without your smile, your attire is incomplete.

senyum laju-laju.tata!

Sunday, October 17, 2010

hujung minggu di uitm

Lokasi: UiTM shah alam


hujung minggu kali ni berbeda sedikit dari sebelum-sebelum ni sebab ini pertama-kali-first-time-okey(sebut dalam satu nafas) dapat makan roti canai since study dekat sini.Lahap kuasa 9 bila roti canai depan mata.terimakasih daun keladi kpd abg aku si hasbi tu.untung ada abang yang baik hati.huahua...

Selepas melantak 2 keping roti canai( tak cukup, 4 keping baru cukup) jadi bahan experiment jap untuk roomate aku, si emy tu meng-try-test camera SLR dia..



sebenarnye cuak wei landing baik atas rumput.takut kerengge.wuuu



kihkih nampak bahagia jee kau landing atas rumput tapi sebenarnya panas.T_T





tudung sedikit senget sebab angin tau.bukan aku yang pakai senget. >.<



semua gambar aku upload versi duduk je.nampak sopan sikit.ha ha 
yang versi melompat pakai wedges, meniarap, berguling semua simpan dalam laci locker.


ni lah emy kawan kite. hite huke hakap hacam ni ngan hia.peaceeee~



ehem: lepas berpanasan-bergulingan di atas rumput, balik-balik hostel kekurangan air pulak.nak keluar pon macam segan-segan ibarat lagu diam-diam jatuh cinta ramlah ram.memang aku baran lah rasa nak panggil syabas pada masa tu jugak. jadi marilah sama-sama kita jimat air!!

Friday, October 8, 2010

20 Cara Menjadikan Rumate Anda Gila

haku memang gelak-guling-guling lah baca 20 Cara Menjadikan Rumate Anda Gila ni.
lets ceeekidooouttt...credit to Syazwan Aizad Abdul Mutalib.

1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bhw takde org kat rumah. Unpack segala brg anda & pegi tidor.

2. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati” horee…kau dah balik”. Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia “Sepatutnya kau dah blah dah skrg”

3. Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 ” Tolong, kat mana aku berada ni?” dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.

4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata “Dah merebak… dah merebak!”

5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap “Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi” sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat…Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.

6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata “Tak lama lagi…tak lama lagi…”

7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, “Siot betul, kalah lagi”

8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat “Horee…!”. bukak lampu semula.

9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap “Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda…” Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata “Eh, kau rupanya…”

10. Kata kat roommate “Ada pesanan penting untuk kau”. Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yagn anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap “Eh…aku dah ingat”. Lepas tu pengsan balik.

11. Bila roommate anda balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bhw yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.

12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bhw anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.

13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate anda.

14. Bila roommate anda tutup lampu pd sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2 muka bodoh dan confused.

15. Duduk & renung roommate dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.

16. Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.

17. Kalau roommate ada binatang peliharaan, spt kucing, offer utk beri makan kpd binatang tsbt. Cepat2 keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kpd kau.

18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata “Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la…Macam teknik rebonding…”. Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.

19. Mase roommate tido, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastu panggil member dlm 10 bace yasin ramai2. bile rumet jage pakat2 buat x nmpk ape2.

20. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkujat sampai pengsan bila masuk bilik tengok2 ada mayat.
wakawakawaka tu je yang mampu aku ucapkan.bye!


tak sampai hati buat dekat kawanbilik aku.




Sunday, October 3, 2010

saya takut nak exam, jadi saya tidur seawal jam 10.

oooeemmmjiii...
final exam semakin hampir. 3 minggu dari sekarang..yaaa..dari sekarang!
setiap kali hampir-hampir nk exam, beginilah nasib diri..jus gaster merembes dengan banyak sekali sehingga perut pedih.siut!(betul ke name jus ni..ke jus tembikai laici?aku dah lupe biology!)

saya sangat takut nak menghadapai peperiksaan sama dengan = saya takut nak berjumpa doktor apetah lagi dengar doktor cakap begini :

"sy perlu cucuk awk kerana bla bla bla"

perlu kerrrr cucuk-cucuk bagai ni.takot weii..sakit lagi weii.ish ish >.<
boleh tak kalau sakit pergi jumpe pilot ke engineer ke?kalau jumpe pilot, kasi satu round jalan-jalan pusing bumi, sureeee sihat terus! tak banyak pon mntk.satu round je keliling dunia. ha ha ha ha

okay.berbalik pada ketakutan menghadapi peperiksaan. Ya. Saban tahun, saya dah dapat membongkar kenapa saya cuak ketika musim exam. Yang paling utama ofc lah kurang persediaan kan kan.
itulah kelemahan yang paling susah nak kikis.Kikis duit dalam bank senang je.

Selain itu, sy selalu sangat berangan. Berangan nak jadi mcm Darcy dan Weisbach takpun Hagen dan Poiseulle.Kadang-kadang nak jugak jadi macam Isaac Newton. Orang kata berangan tu bagus sebagai pendorong kepada cita-cita tapi bila aku dah start berangan, satu keja pa pon tak jadi..

Sudah-sudah lah tu berangan.Jom layan lagu ni sambil berangan! he he he





celebrating arifhakim's birthday. muka cuak sambil makan pizza.

Saturday, September 25, 2010

doa buat ibu dan hanis ♥♥

alhamdulillah masih berpeluang untuk mencoretkan sesuatu di sini. Sebelum itu, marilah sama-sama kita mendoakan untuk kedua ibu bapa kita ya.




Bangun pagi hari ni diiringi dengan sms dari ibu yang bagi aku amat menyedihkan. Semalam ibu nak pengsan di pasar. Sejak ibu disahkan menghidap penyakit darah tinggi, kepala ibu selalu pusing. Kadang-kadang ibu nak pitam. Oh kalau lah dekat dengan ibu....


Sejak muda, ibu memang energetik orangnya. Di awal pembabitan beliau sebagai seorang guru, ibu mengayuh basikal ke sekolah demi anak bangsa. Ibu pernah ambil ujian memandu tapi gagal. Ibu takut untuk memandu sebenarnya. Ibu takut excident kalau ibu yang memandu. Maka, basikal saja yang selamat bagi dipandu ibu.


Setelah berpindah ke ipoh, ibu ke sekolah dengan kawan dan juga dihantar oleh abah. Sekolah ibu jauh dari rumah. Ibu habis kerja awal. Dalam pukul 2 macam tu. Abah habis kerja lambat sikit. Pukul 530.Ibu pulang ke rumah naik bas. Jadual bas ibu dah hafal. Pukul berapa bas sampai, pukul berapa nak tunggu bas sampai. Tapi bas bukanlah hantar sampai depan rumah. Ibu still kena berjalan kaki untuk ke rumah. Tapi takpa.Ibu kuat. Sambil jalan tu, dia singgah-singgah kedai.Sembang sikit dengan nyonya dekat kedai pasal diet seimbang yang nyonya tu amalkan.Nyonya dah tua tapi masih kuat.Antaranya, nyonya makan timun organik.Timun organik ditanam tanpa baja dan boleh dibeli di kedai ubat organik bukan di pasar.


Tapi, sejak kawan ibu berpindah ke sekolah yang sama, setiap hari ibu tumpang kawan ibu pulang ke rumah. Ibu tak perlu lagi menapak dari hujung jalan di waktu panas. Beg ibu berat.


Awal tahun ni, ibu disahkan menghidap penyakit darah tinggi. Penyakit ni memang keturunan.Nenek pon menghidap juga.Mula-mula, aku rasa macam normal bagi orang yang meningkat usianya. Tapi ibu selalu rasa pening sampai nak pitam. Bila disuruh rehat atau tidur, ibu tak boleh. Tangan dan kaki sentiasa nak bergerak (aktif). Tapi kalau dah pening sangat, ibu rehat. Bila jumpa doktor, doktor kata angin. Doktor bagi ubat angin. Aku tak pasti kaitan angin dengan pitam.Doktor lebih mengetahui.



Una doakan ibu cepat sembuh dan boleh kembali aktif macam dulu. InsyALLAH una akan buat apa yang ibu pesan dalam mesej pagi ini. Doakan una berjaya mencapai cita-cita una ni........
Semoga hanis juga cepat sembuh dari jahitan di dahi. Jangan nakal sangat. Tu yang jatuh sampai kena jahit.
ish ish ish..




Buat kawan diluar sana, jangan lupa doakan kesihatan dan kebahagiaan ibu bapa, keluarga, guru-guru, dan saudara-saudara kita diseluruh dunia..bye.