Monday, July 23, 2012

saye masa zaman sekolah.

Assalammualaikum..

Alhamdulillah bersyukur dapat meneruskan ibadah puasa di hari yang keempat. Tetiba tadi lepas subuh teringat kenangan-kenangan zaman sekolah. masa sekolah dulu aku takde lah budak skema sangat. nakal sikit je.keh keh. Time sekolah dulu aku suka sangat menulis diary. Ade beberapa buah diary jugak lah. Aku pon tak pasti apa yang aku mengarutkan dalam tu. Bila aku baca balik, memang macam harem la diary tu. Cerita pasal apa yang berlaku on that day, that time aku sedang tulis. Disebabkan dek kesukaan aku menulis diari, sehingga dalam kelas masa cikgu mengajar pon aku masih menulis diari. wat theee. @_@

Pernah suatu ketika, sedang aku menulis diari semasa cikgu mengajar, cikgu tu rampas diari aku. tersentap dari lamunan kejap. kih kih. Lepas habis kelas, baru cikgu tu pulangkan semula dan sempat berpesan agar tumpukan perhatian semasa dalam kelas. Tapi minat aku terhadap penulisan diari tidak terkubur sampai situ saja. Ia nya berterusan sampai habis form 5. heeee :)

Seperkara lagi, sejak tingkatan 4, aku jarang tumpukan perhatian dalam kelas. Ada je agenda yang aku and deskmate aku, ILI buat. Ada suatu hari ni, aku korek-korek pencil case aku, tiba-tiba aku terjumpa sebatang gigi. Aku yakin tu gigi adik aku yang sudah patah. Gila la letak dalam pencil case aku buat apa. Aku bagitahu Ili. Then kitorang tengok sekeliling kelas. Macam ramai je yang tersengguk-sengguk ketiduran. Kitorang pon balut gigi tersebut dan tulis pesanan agar beri kepada kawan yang duduk paling belakang hujung kelas yang sedang tidur dengan lena nya. FYI, aku ngan ili duduk paling hadapan tepi pintu. Sepanjang perjalanan gigi tersebut ke budak itu, ramai yang terkejut bila barang yang di pass adalah gigi. Finally, sampai lah jua ke tangan budak yang duduk paling belakang di hujung kelas. Aku ngn ili perhatikan je reaksi dia membuka balutan tu. Memang lawak. Orang yang tidur tetiba terkejut dapat gigi. hekhek. how cool.. ^^,

Oh ye, mase tingkatan 4 juga aku telah menemui beberapa orang yang memang ngam-ngam suii kepala ngan aku. linot, fana, kama, said, milly and zue. linot, fana, kama n zue are in the same class, while milly and said in the other class and me, sensorang. hehek. Tapi takpe because dalam kelas ade geng sekepala yang lain seperti waniha my assistant, ili, one, bend dll. So bila time rehat and makan, we all saling tunggu since berlainan kelas kan. Kadang-kadang some of us pergi dulu untuk cop barisan dan tempat. Kat sekolah tu, kalau time makan, macam nak berlumba lari dah. Semua berebut nak makan, solat then prep petang. Kang kalau lambat kang, kena demerit (tolak markah).  hmmm.. i miss all the moments there :')


Friday, July 20, 2012

selamat berpuasa

Assalammualaikum dan selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat :)


GD MENGUCAPKAN SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA. SILAP DAN KHILAF HARAP DIMAAFKAN :) KBAI. 

Wednesday, July 18, 2012

this semester is rocker..

Alhamdulillah syukur dapat habiskan semester ni walaupun banyak dugaan. yes, this semester is tougher. Somehow, i felt not so well and very tired. Syukur sangat-sangat diberi kekuatan dan semangat dari keluarga dan kawan-kawan untuk habiskan semester ni. Overall, semester ni quiet interesting because of several reasons which i'll keep 'em personally. :)







































terimakasih semua untuk memori itu. :) much lovesss


berdoa agar dikurniakan result yang baik-baik aja semester ni.. :) kbai..