Sunday, April 18, 2010

akan ku semat memori itu.✖‿✖

gambaran sebenar.(ape ni)


secara realiti nya, ini merupakan semester terakhir aku di universiti. tapi belum secara rasmi bergraduasi.
sepanjang aku study-tanpa-kenal-erti-penat-lelah (beranganlah nak jadi mcm ni) merekalah yang sentiasa bersama saat family jauh dari mata.


housemate yang bersama-samaan makan di kedai nyamuk.haish.bukanlah makan nyamuk goreng kunyit atau nyamuk paprik, tapi kafe tersebut lebih-dikenali sebagai kafe nyamuk sebab suasana yang romantik mengundang nyamuk betina untuk hisap darah.jangan lupa ya kawan-kawan.hanya nyamuk betina hisap darah.nyamuk jantan vegetarian.ni fakta.


bergambar kenangan dengan mak intan ladyana, Pn.Zurina yang merupakan trainee jemputan untuk program "Finishing School".cis.sila abaikan muka aku yang nampak seperti dinasor tak cukup oksigen.


pelajar lelaki sekelas yang banyak membantu menambah kenangan di sana.terima kasih kawan-kawan.semoga kalian menjadi anak, bapa, atuk, moyang yang sebaiknye lah.




hey ladies!kamulah yang terbaik tahu.yang sentiasa siku-menyiku,support-menyaport.tenkiu gurlss coz bring me here.right here.oh mungkinlah saya akan berjmpa gadis-gadis lain tapi tak mungkin akan sama dengan kamu.bila lagi mahu bermain tepung gandum timbang untuk birthday girls?bila lagi mahu berenang di bukit ayer?mungkin kita akan ketemuan untuk jangka masa yang panjang yang mungkin pada masa tu,kau dan aku sudah mempunyai keluarga sendiri dan kemudian berbincang-bincang mahu menjodohkan anak.
*alah, cakap sajalah nak kahwin kan.hahaha.*
yang penting, aku nak kad wangi yang dihantar ke rumah.tak mahu tag-tag di mukabuku ok!















✖‿✖ But when we leave this year we won't be coming back.No more hanging out cause we're on a different track.And if you got something that you need to say.You better say it right now cause you don't have another day.