Wednesday, July 27, 2011

review: hada labo super hyaluronic acid moisturizing lotion



mari kita lihat janji-janji dari hada labo untuk produk ini:







- SHA replenishes and locks in moisture to visibly improve skin texture and prevent dryness so skin stays soft, hydrated and elastic.
Instantly hydrates skin and helps preserve it's optimum moisture balance.- Helps improve dry and dehydrated skin, leaving it silky smooth.
It is free of fragrances, mineral oil, alcohol & colorants. It is also Skin pH balanced and causes low irritation.


alhamdulillah.mereka menunaikan janji.
saya telah menggunakan produk ni lebih kurang sebulan..dan hasil nya amat memuaskan hati.saya mempunyai kulit yang kering di bahagian hidung dan pipi manakala berminyak di dahi dan dagu pada masa yang sama.(combination skin).

suatu ketika dahulu, kulit muka saya telah tercemar oleh produk kecantikan kulit yang membinasakan kulit muka saya.secara serius, saya amat marah produk tersebut dan saya berhenti terus menerus selepas sebulan penggunaan.saya rasa membazir untuk membuang begitu sahaja, maka saya telah menggunakan produk yang tak bagus itu untuk mencuci kaki saya.saya harap anda tidak tertipu dengan janji produk yang menjamin dapat memutih dalam seminggu lah, 3 hari lah, wat ever. kalau boleh cerah dalam masa 3 hari, tak ke banyak bahan kimia nya.oh, satu lagi ada juga produk muka yang boleh buat shampoo sekali dan juga sabun badan.bagi saya, saya tak rasa ia sesuai kerana kulit muka lain lah dengan kulit kepala.


walaubagaimanapun, setelah mencuba produk ini, muka jadi lembab sentiasa dan kulit tidak lagi merengsa kesakitan akibat kering.diingatkan, kulit kita menjadi lembab tau bukan berminyak.so tiada masalah sangat bagi yang mempunyai oily face.
selain daripada itu, anda akan mengalami efek bouncy-bouncy selepas menggunakannya.seperti dalam video di bawah.cubalah !




sekarang, saya amat berkawan baik dengan SHA.dia telah banyak bantu wajah saya dan saya suka kannya!jangan lepas kan peluang ini! anda juga boleh memiliki kulit bersinar lembab bebas minyak!






saya bagi 4.5/5 bintang untuk produk ini! (maaf, saya tidak tahu buat half star icon)

★ 










arigato minna san, ja ne!(。◕‿◕。)













Thursday, July 14, 2011

rahsia: telur dadar rangup

cara-cara membuat telur dadar menjadi rangup seperti di restoren:

  1. isikan minyak lebih daripada biasa di dalam kuali biasa. (bukan kuali leper)
  2. panaskan minyak sehingga berasap sedikit
  3. pukul telur sehingga berbuih
  4. masukkan telur
  5. angkat dan hidang

    selamat mencuba.bye.





    arigato minna san, ja ne!(。◕‿◕。)