Saturday, August 21, 2010

sahabat sejati sukar ditukar ganti

assalammualaikum..
testing 1 2 3.. alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menulis.. alhamdulillah ini juga entri pertama setelah menjejakkan kaki di uitm shah alam. Masa amat mencemburui sy, maka sy tidak sempat meng-update apa-apa. hi hi hi

Sebenarnya, hari ini rasa sedih sebab permohonan ptptn yang sepatutnya dihantar pada hari ini direject. dokumen semua siap lengkap bertandatangan, bercop bagai segalanya lah lengkap. TAPI...
wu wu wu.. kene reject sebab salah memilih kos/program. suppose to be mekanikal (pembuatan) bukan mekanikal.. maka rasa amat malas untuk membuat permohonan baru.

OK..perkaitannya ptptn dengan sahabat sejati adalah sebab kawan baik sy juga direject borang nya atas kesalahan sama. Walhal kami mengisi borang di tempat yang berlainan, masa yang berlainan dan ternyata kesilapan yang sama kami lakukan. (ke sistem yang salah ni  >.< )

Untuk menghilangkan stress, sy telah berblog walking secara pukal hari ini. Sampai lebam mata dah ni.
TAPI, dalam banyak-banyak blog yang sy terjah, kisah ini amat menyentuh perasaan sy. Kisah / entry oleh seseorang yang baru sahaja kehilangan sahabat baik nya. Kali ini, mata saya betul-betul lebam sebab sedih sangat baca. Rasa empati terhadap saudari kita ini.

Buat pengetahuan umum, pada 30 julai 2010 yang lalu seorang mahasiswa UM telah meninggal dunia akibat terjatuh dari bangunan. Mari kita selami kisah sahabat baik kepada ALLAHYARHAM ZULKHAIRIL AZMI BIN MD BUKHARI.


alfatihah buat allahyarham Zulkhairil Azmi.