Friday, October 29, 2010

mak lampir kembali.

amaran: tajuk tak berkaitan dengan entry ini dan umur 15 tahun setengah (1/2) diperlukan untuk membaca entry ini.

Alkisah semalam. Aku berhajat untuk membuat salinan (potostat) soalan-soalan tahun lepas subjek fluid haziq punya. Maka aku telah pergi ke sebuah kedai nun di seksyen 2.

1. masuk ke kedai tersebut dan menerangkan kepada brother kat situ yang aku nak potostat single sided sahaja. Secara original, soalan-soalan tersebut berbentuk double-sided. Tapi aku nak buat single-sided.

2.brother tu dengan macho mengangguk tanda memahami kehendak aku. (mood: gembira)

3.sambil menunggu, pergi makan kfc dengan lahapnya. Dah lama tak makan kfc, dan aku suka kannya!

4. Habis makan, pergi kedai brother tu semula dan bayar.(mood: semangat nak jawab soalan-soalan)

5. Naik bas rapid balik kolej dan belek-belek yang di-potostat tadi.

6.Terkejut bukan kepalang sebab brother tu betul-betul bikin aku baran. Baran macam mana?
macam ni:    T__________________T

7. Brother tu potostat memang muka surat depan sahaja. Contoh macam soalan 1 muka surat depan dan soalan 2 muka surat belakang, soalan 3 muka surat depan balik dan seterusnya. Jadi untuk semua past year question tu, memang tak lengkap. Soalan 1 ade, soalan 2 takda, soalan 3 ada balik.

8.Aku tetap bersabar.

9.Pergi print soalan-soalan yang tidak ter-potostat oleh brother tu.

10.ucapan untuk brother itu: wa caya sama lu beb!! T________T

Friday, October 22, 2010

senyum



Always wear a smile. Remember, without your smile, your attire is incomplete.

senyum laju-laju.tata!

Sunday, October 17, 2010

hujung minggu di uitm

Lokasi: UiTM shah alam


hujung minggu kali ni berbeda sedikit dari sebelum-sebelum ni sebab ini pertama-kali-first-time-okey(sebut dalam satu nafas) dapat makan roti canai since study dekat sini.Lahap kuasa 9 bila roti canai depan mata.terimakasih daun keladi kpd abg aku si hasbi tu.untung ada abang yang baik hati.huahua...

Selepas melantak 2 keping roti canai( tak cukup, 4 keping baru cukup) jadi bahan experiment jap untuk roomate aku, si emy tu meng-try-test camera SLR dia..



sebenarnye cuak wei landing baik atas rumput.takut kerengge.wuuu



kihkih nampak bahagia jee kau landing atas rumput tapi sebenarnya panas.T_T





tudung sedikit senget sebab angin tau.bukan aku yang pakai senget. >.<



semua gambar aku upload versi duduk je.nampak sopan sikit.ha ha 
yang versi melompat pakai wedges, meniarap, berguling semua simpan dalam laci locker.


ni lah emy kawan kite. hite huke hakap hacam ni ngan hia.peaceeee~



ehem: lepas berpanasan-bergulingan di atas rumput, balik-balik hostel kekurangan air pulak.nak keluar pon macam segan-segan ibarat lagu diam-diam jatuh cinta ramlah ram.memang aku baran lah rasa nak panggil syabas pada masa tu jugak. jadi marilah sama-sama kita jimat air!!

Friday, October 8, 2010

20 Cara Menjadikan Rumate Anda Gila

haku memang gelak-guling-guling lah baca 20 Cara Menjadikan Rumate Anda Gila ni.
lets ceeekidooouttt...credit to Syazwan Aizad Abdul Mutalib.

1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bhw takde org kat rumah. Unpack segala brg anda & pegi tidor.

2. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati” horee…kau dah balik”. Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia “Sepatutnya kau dah blah dah skrg”

3. Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 ” Tolong, kat mana aku berada ni?” dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.

4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata “Dah merebak… dah merebak!”

5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap “Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi” sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat…Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.

6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata “Tak lama lagi…tak lama lagi…”

7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, “Siot betul, kalah lagi”

8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat “Horee…!”. bukak lampu semula.

9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap “Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda…” Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata “Eh, kau rupanya…”

10. Kata kat roommate “Ada pesanan penting untuk kau”. Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yagn anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap “Eh…aku dah ingat”. Lepas tu pengsan balik.

11. Bila roommate anda balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bhw yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.

12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bhw anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.

13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate anda.

14. Bila roommate anda tutup lampu pd sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2 muka bodoh dan confused.

15. Duduk & renung roommate dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.

16. Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.

17. Kalau roommate ada binatang peliharaan, spt kucing, offer utk beri makan kpd binatang tsbt. Cepat2 keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kpd kau.

18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata “Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la…Macam teknik rebonding…”. Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.

19. Mase roommate tido, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastu panggil member dlm 10 bace yasin ramai2. bile rumet jage pakat2 buat x nmpk ape2.

20. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkujat sampai pengsan bila masuk bilik tengok2 ada mayat.
wakawakawaka tu je yang mampu aku ucapkan.bye!


tak sampai hati buat dekat kawanbilik aku.




Sunday, October 3, 2010

saya takut nak exam, jadi saya tidur seawal jam 10.

oooeemmmjiii...
final exam semakin hampir. 3 minggu dari sekarang..yaaa..dari sekarang!
setiap kali hampir-hampir nk exam, beginilah nasib diri..jus gaster merembes dengan banyak sekali sehingga perut pedih.siut!(betul ke name jus ni..ke jus tembikai laici?aku dah lupe biology!)

saya sangat takut nak menghadapai peperiksaan sama dengan = saya takut nak berjumpa doktor apetah lagi dengar doktor cakap begini :

"sy perlu cucuk awk kerana bla bla bla"

perlu kerrrr cucuk-cucuk bagai ni.takot weii..sakit lagi weii.ish ish >.<
boleh tak kalau sakit pergi jumpe pilot ke engineer ke?kalau jumpe pilot, kasi satu round jalan-jalan pusing bumi, sureeee sihat terus! tak banyak pon mntk.satu round je keliling dunia. ha ha ha ha

okay.berbalik pada ketakutan menghadapi peperiksaan. Ya. Saban tahun, saya dah dapat membongkar kenapa saya cuak ketika musim exam. Yang paling utama ofc lah kurang persediaan kan kan.
itulah kelemahan yang paling susah nak kikis.Kikis duit dalam bank senang je.

Selain itu, sy selalu sangat berangan. Berangan nak jadi mcm Darcy dan Weisbach takpun Hagen dan Poiseulle.Kadang-kadang nak jugak jadi macam Isaac Newton. Orang kata berangan tu bagus sebagai pendorong kepada cita-cita tapi bila aku dah start berangan, satu keja pa pon tak jadi..

Sudah-sudah lah tu berangan.Jom layan lagu ni sambil berangan! he he he





celebrating arifhakim's birthday. muka cuak sambil makan pizza.