Tuesday, November 2, 2010

I'll spread my wings and I'll learn how to fly.I'll do what it takes till I touch the sky.

sejak dua menjak ni aku breakfast seperti raksasa. Cukup lah sekadar dua keping roti canai yang di lenyek dengan penuh kasih sayang dan dua biji telur separuh masak yang direbus dengan secangkir kelembutan.
say hello to kedai mamak(s) around seksyen 7!

selepas breakfast, niat memang nak study untuk subjek kegilaan aku. Kegilaan disini yang membawa maksud yang bisa membuat aku gila..sebab aku tak berapa minat subjek ni. Tapi abah aku pesan, kalau kita tak minat sesuatu subjek tu kan, cuba buat satu soalan. Kalau tak tahu, tenung tenung dan tenung (sambil berfikir), and finally, kita akan berusaha untuk cari penyelesaiannya. And dari situ akan timbul minat.

sepanjang musim peperiksaan ni, aku banyak habiskan masa di library atau maktabah dalam bahasa arabnya atau raiburari dalam bahasa jepun. tapi hari ini, aku cuba untuk study di bilik sahaja memandangkan hujan renyai-renyai di luar.ingat! tenung tenung dan tenung..



udara sejuk.







pasang lagu mendayu-dayu.











okay! tak berjaya.akhirnye tertidur di atas 3 buah kerusi yang disusun menjadi katil. :(

1 comment:

terimakasih daun keladi.arigato gozaimasu!