Monday, May 17, 2010

kejutan buat cikgu.

meon dan rakan muda.

Bersemangat je nak pergi class hari ni. Mula-mula, semua pelajar (terdiri daripada golongan muda dan dewasa) berkelakuan sepereti biasa termasuklah aku. Semangat pergi godek-godek mesin jahit tepi. Cikgu pon semangat nak ajar guna mesin jahit.

Tiba-tiba, beberapa pelajar senior, mintak izin untuk keluar. Tertinggal barang kata mereka. 
Kemudian datang sambil melaungkan "Selamat Hari Guru". Opocot mak ekau.
Eh. Eh. Aku pulak yang terkejut. Walhal memang dah ketahui sejak minggu lepas
akan ada majlis kejutan untuk cikgu. Aku buat-buat lupa.


kuih-muih traditional. Aku copp karipap 3. tak kire.



sesi pemotongan kek sambil diiringi nyanyian lagu kebangsaan "Selamat Hari Cikgu" 
sambil bertepuk untuk merancakkan lagi majlis.
sebenarnye lagu hari jadian yang ditukar lirik kepada selamat hari cikgu.bayangkanlah macam mana.


bersalaman dengan cikgu sambil mengucapkan ucapan yang sesuai.


berpelukan dengan erat seperti di hari raya.



selepas bersalaman dan berpelukan buatlah peace sign supaya nampak lebih ceria dan tidak formal malah bertambah muda. Tapi apesal rakan sekelas aku yang kanan sekali tu bercekang pinggang sambil mimik muka macam tu? Peace akak!hihi

classmates dewasa yang kembali semangat menyambung kerja menjahit. Mood aku berubah mood 
makan icingkek-smbil-bergambar.haaa.kan dah tergendala jahitan baju blouse. Jiwa orang muda memang macam tu. Suka tau bersuka-ria tanpa mengira waktu.


Secara tuntasnya, saya ingin mengucapkan selamat hari guru/cikgu/pensyarah kepada semua warga pendidik.
Juga kepada ibu saya yang berada di Ipoh.
Tidak lupa juga kawan-kawan yang mengajar walau satu perkataan. Guru ibarat lilin yang menyinari gelap.
Tapi zaman sekarang guru ibarat lampu sportlight yang menyinari malam.

*yeay,boleh pilih hadiah yang ibu dapat.*





bergembiralah, jangan jadi seperti momok dalam simen.bye!

3 comments:

  1. selamat hari guru..tapi cam x abis lg je..lastly sape yg kemas semua tu..haha

    ReplyDelete
  2. @faiz

    semua pelajar telah berganding bahu sesama insan mengemas semua nya.
    the end.hih

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah..bgus lah camtu...

    juz nk inform..aku tag kau dlm satu entri aku tau..

    ReplyDelete

terimakasih daun keladi.arigato gozaimasu!