Thursday, May 27, 2010

cerita kak fara fauzana dan shahir af8

Tajuk di atas adalah dirujuk.

Secara rasminya, cuti pada hari ini akan dipenuhi sepenuh masa dengan berehat dirumah.
Baiklah. Secara realiti nya, aku amat ber-emosi sekarang sebab rancangan-rancangan yang dirancang semua tidak menjadi. hahahhahah (gelak kan diri sendiri).

Pada mulanya, aku bercadang untuk ke YouthTen sebab nak berjumpa dengan DJ-radio-all-time-feveret iaitu KAK FAFAU. Dapat pass percuma. Siap dah prepare nak bagi something dekat dia.
Aku menjadi kipas-susah-mati (fan-hard-die) *suka hati je* sejak dia di radio ERA.
Kemudian, apabila beliau menganjak dewasa dan bertukar ke HOTFM, aku tanpa segan-silu bertukar frequensi 104.5 di Ipoh untuk mencapai siaran HOTFM.

Tapi, aku tidak dapat make-it-real untuk ke sana. Rasa hampa dan hampas disitu. Semalam aku dah prepare untuk conference dia. "ZERO to HERO". Mesti orang yang baca pelik kan, kenapa aku yang prepare?
hahahaa (sekali lagi gelak dekat diri sendiri). Aku prepare sebab aku bayangkan nanti ada sesi soal-jawab atau beramah mesra dengan kak FF. Jadi, aku tidaklah ketinggalan sangat dalam kupasan topik ini.
OH KAK FF..

Cerita seterusnya, khabar gembira aku terima yang SHAHIR akan membuat konsert worldcup di stadium Ipoh. Jadi, untuk tidak menghampakan hajat yang tidak kesampaian bertemu kak FF, maka bercadang untuk pergi ke stadium. OK. Bukan bercadang lagi, malah merancang dan menunggu masa.
hahahahha(gelak untuk diri sendiri lagi).
Sambil tu, menonton rancangan Nasi Lemak Kopi O. SHAHIR lah artis jemputan.
Aku ingat rakaman. Rupanya secara langsung. Maka, SHAHIR tidak dapat memenuhi undangan
ke stadium. Takpe. Takpe. Nanti datang, roger-roger ok!

Untuk memeriahkan cuti, mari tengok video ini.
Sangat comel gila perempuan-perempuan ini.


Semalam dapat CD Best of Indies & Hip Hop dari hotfm dengan slogan:
"Jika saya menang album ini saya akan  MEMUTARKAN LAGU 24 JAM TANPA HENTI"
Bermula 530 petang ini.

1 comment:

  1. cik meon.. anda sgt bersemangat ea..
    hahaha..
    troskan usaha anda mengisi ms lapang..
    weeee~

    ReplyDelete

terimakasih daun keladi.arigato gozaimasu!