kisah petang tadi.masa balik kerja.disebabkan cuaca panas melanda sekarang dan aku hanya menunggang motor ke tmpt kerja maka aku terpaksa mengambil langkah untuk menjaga la segala yang expose kpd chaya matahari.
aku beli sun block utk tgn.selama ni guna losyen ja.untuk muka aku beli cotton face mask (bukan yang dekat farmasi tu yeee)
aku gembira bawak moto sbb first time guna mask kn.orang tataw aku tengah senyum ka.tengah marah jelir2 lidah kt orang sekeliling ka.sampai la dekat bulatan @ round about(macam ni ke eja..hahaha) ade satu motor yang ditunggang oleh dua pemuda yang sumpah x hensem langsung.pembonceng belakang macam emosi pulak dekat aku sebab aku pakai mask.ko gelak kt aku ye.wtfish la kn.aku jelir2 je lidah kt dorang pon x guna.sibuk sangat hal aku.aku marah ni.aku ingat no pendftaran moto tu.aft ****.grrr...
malam ni,marah aku memuncak lagi.haa.nanti lama-lama darah tinggi la aku.asyik marah je.
Antara risiko cuaca panas melampau adalah masalah dehidrasi iaitu kehilangan air daripada tubuh juga mineral lain dalam darah seperti potassium dan sodium yang berperanan dalam fungsi organ iaitu ginjal, otak dan jantung.
Malah ramai yang tidak tahu, masalah kehilangan air atau dehidrasi juga boleh menyebabkan kekeliruan, kelesuan selain menjejaskan pernafasan dan denyut nadi. sumber dari sini.
Dalam keadaan normal, peluh yang terhasil apabila kita panas membantu menyejukkan tubuh apabila ia tersejat di permukaan kulit. Bagaimanapun, jika hari terlalu panas, terlalu berpeluh akan menyebabkan sistem ini gagal. Suhu tubuh berpotensi meningkat ke tahap yang bahaya.
Ia boleh menjadi punca berlakunya keletihan atau kepanasan melampau. Malah boleh menyebabkan sakit kepala, pening dan kejang otot.
Bagaimana untuk mengelakkan masalah ini?
1) Minum banyak air
Disebabkan anda kehilangan air dalam tubuh, anda juga perlu menggantikannya semula. Dalam keadaan biasa, seseorang yang memiliki berat badan 58 kilogram sepatutnya meminum lapan gelas air sehari. Iaitu berdasarkan peraturan biasa, untuk setiap 0.9 kilogram berat badan, anda memerlukan 28.4ml air.
Bagaimanapun, dalam cuaca yang panas, pengambilan air patut ditingkatkan. Sebaiknya nikmati air suam atau mungkin jus buah-buahan tetapi bukan minuman berkarbonat. Minuman berkarbonat atau alkohol hanya akan membuatkan anda kehilangan lebih banyak cecair dalam badan. Minuman ais juga sepatutnya dielakkan kerana ia boleh menyebabkan kekejangan pada perut.
2) Ubahsuai diet anda
Elakkan makanan pedas atau berat. Makanlah makanan sejuk terutama salad atau buah-buahan yang mengandungi kandungan air yang tinggi.
3) Rasional dalam melakukan senaman
Jangan bersenam atau beriadah pada waktu petang yang panas. Anda mungkin boleh memilih waktu lain yang lebih sesuai.
4) Pilih pakaian yang sesuai
Pastikan anda memakai baju dengan warna-warna terang, longgar dan diperbuat daripada kain kapas. Baju berwarna gelap menyerap haba.
5) Elakkan perangkap haba
Parkir kereta anda di kawasan yang tertutup. Kalau boleh berada dalam kawasan berhawa dingin. Jika perlu keluar dari pejabat atau rumah, pastikan anda sentiasa membawa air.
Fakta
Kesan haba panas pada tubuh
sumber dari sini
uhuk3....
ReplyDeletenanges n gelak kekek2 aku bace entry nih...
x sangka lak ko appriciate aku camni...
slame ni x pnh lak anak pak omar wat gini...
thanx...
ehehe...
aku pon syg ko lebey...
lebey dari dri aku...
sbbkan aku xde pakwe so ko la ddukkat hati aku...tp nnt if da ade pakwe or suami, aku tolak ko bawah sikit...ahahahaha...
xdela...fren is fren pakwe is pakwe tp aku x nak pakwe,...
nak suami je...hahahahah....
bile ko nak ade pkwe?mak aku cakap,xpe memilih.bia yang soleh.hehe.sbb aku cite kt mak aku ko ni memilih sangat.
ReplyDeletememilih tuh sgt perlu...
ReplyDeletekalo aku x memilih pon nnt ayah aku sndiri akan pilih...hahaha...
xpe...jodoh da ade aku tunggu je...uhu