Tuesday, June 29, 2010

Kami dan sukaneka.

A healthy love life is not and should not be the preserve of those in their 20s and 30s.
It's important at all ages.Jerry Hall

Aku dan Encik Lalaland masih berkabung. Ya, sebab kecundangan England menentang german kelmarin.
3 Lion tak cukup menyegat untuk melonjakkan England. Tapi takpa, bukanlah pasal bola yang aku nak cerita.
Semalam, pasukan kelas menjahit telah mengadakan sukaneka dengan memfokuskan kepada budaya sihat amalan bersama selain menjalin silaturrahim bersama rakan seperjuangan.







Gambar rakan sekelas. Majoriti dah berkeluarga. Aku dan teha dan kak ruhul je belum.
Kadang-kadang dalam kelas ada juga selit jenaka rumah tangga. 

Aku yang tak kawin lagi ni, dengar sambil gelak bahak-bahak. >.<
 



Setelah semua berkumpul, kami telah di bahagikan kepada 6 kumpulan. Aku kumpulan pertama dan diberi nama kumpulan "PUTERI COMEL". waka waka. Aku pon tak paham napa mesti comel. 
kenapa tak cute seut ke cantik gila ke ? kan lebih terserlah. redah aje. ape ada hal..
Acara first sekali adalah bowling zaman purba. Jom layanzzz aksi-aksi dorang.






Gaya semua dah cukup. Macam pro. Sekali buah kelapa bergolek, ada yang kena, ada yang tak.
hihi. Nasib aku baling, kena lah juga botol-botol tu.




masa ni pengadil tengah terangkan peraturan game kepit-belon-ke-belakang-badan.
heyy. nampak tak aku. belakang kak Leha (baju putih).
ok fine. nampak kaki saja.


Aku dan pasangan, Kak Leha berusaha gigih kepit belon between our back.
heyy. nampak tak aku? fine. kali ni, nampak kaki dan tangan sedikit. >.<



oppooocoott!! Aku hampir terjelepok kat situ.
Nasib Kak Leha sempat tarik aku.



gogogo chaiyok kak Laila dan kak Ana..!!



gaya eksaited macam menang." eh eh. kite nombor berape?"
Game seterusnya isi air dalam botol guna sudu plastik kecil.







Rusuhan menentukan siapa pemenang sambil mengangkat botol.
"KAMI BANYAK AIR. KAMI MENANG" >.<




Dalam banyak-banyak game, game cari-syiling-dalam tepung-gandum paling mencabar bagi aku.

 
Pelepasan peserta pertama setiap kumpulan.
Kejo yop kejo! Aku semangat jerit-jerit kat belakang.
Behave husna, behave!




Tiup tepung sampai nampak batang hidung syiling.
Aku dah nak muntah-muntah dah masa nak ambil syiling dengan mulut.
Seeeeeuuuutt..Tepung je yang penuh dalam mulut. Dah macam tepung cucur dah.
uwekkkk..


Next game memang menguji kepoweran mata ye. Isi manik dalam benang menggunakan jarum.
Mau nak terkehel urat mata kot. Finally, kumpulan kitorang dapat first untuk acara ni.
Aku dah sumbatkan 5 ketol manik.



Tekun dan prihatin. Prihatin kepada jari jemari sendiri.
Risau tercucuk jarum. he he. *gedik la hang*




Macam cacat lah aku. Game Jalan guna tempurung.
Tak pernah aku try sebelum ni. Memang boleh melawaskan mana-mana yang patut.
Reflekselogi tu. Batu tar dan tempurung. hihi


Secara keseluruhan, setelah diadili dengan saksama, kumpulan kami telah mendapat naib joooohaann.
Tepuk sikit untuk kumpulan Puteri Cantik. weee. weee..
Hadiah berupa sebuah bekas untuk menyimpan alatan menjahit.
Sekian.


Bye! >.<

Sunday, June 27, 2010

contest "HAVE A TEA WITH MISSLULLABY"

                        contest by miszlullaby




JANGAN LEPASKAN PELUANG MERASAI TEH LIPTON GREEN GUNPOWDER 
DAN LIPTON BLUE FRUIT TEA.

Merujuk kepada tajuk, contest yang kedua oleh cikML kita. Hadiah bg yang bertuah memang takda jual kt sini kan. Lipton Blue Fruit dan Lipton Green GunPowder. 
Janggal dan menakutkan juga jenis teh ni. apakah ia powder untuk gun?
ha ha ha. OK. jujurnya, saya memang tak pernah minum teh jenis ini. jangan tanya rasa macam teh lipton atau rasa kelat sikit ke atau rasa macam teh sabah yang bebas daripada bahan kimia..


gambar sekadar hiasan. 
penuh perasaan menikmati makanan.


saya mahu tag sis syariniey amran. 
kawan-kawan lain jom lah join juga!
kelik sini untuk ke belog cikML!


Thursday, June 24, 2010

first lovely contest by miszlullaby


                        contest by miszlullaby






awas! enrtri penuh dengan link.


Syarat2 penyertaan:
  1. Be cik lullaby follower. 
  2. Letakkan banner di atas dalam post contest korang and link it directly to cik lullaby blog and letakkan juge di side bar ye... Code nye korang boleh copy dekat side cik lullaby's belog.
  3. Make a post about this contest.Explain la sikit psal contest ni.
  4. Upload gambar korang yang korang paling suke and korang rasa cantik. Mesti gamba korang jek k?Xkesah la posing mcm mane pun,nampak badan ke x,nampak muke je ke..Edit ke x...Sume tu terpulang pada creativity masing2.And cerita kan kenapa korang suke gamba tu. Make it interesting sampailaaaaa cik miszlullaby terpikat ok?
  5. Tag sorang kawan korang.And make sure org yang di tag tu tahu yeee...Boleh la spread the words sikit kan??=D
  6. Leave your link below..so that cik lullaby can check it.


wahai orang kampung, ibu-ibu, bapak-bapak jom join contest yang julung kali dibuat oleh  ML kita.
syarat-syarat adalah seperti di atas dan tertakluk kepada penganjur.
saye dapat tahu pasal contest ini melalui ML sendiri. terima kasih cikmissLullaby!!

gambar khas untuk cikmisslullaby :



gambar ini masa dekat hostel. Ambil gambar ssdhmkd (syok-sendiri-dengan-harapan-menambah-keyakinan-diri) sebelum ke kelas. Saya pilih gambar ni  sebab nampak macam tabah dalam kegembiraan sambil menongkat kepala tanda stress yang tak mahu keluar. Tapi sebagai seorang pelajar, saya menitik beratkan supaya tidak belajar secara stress malah haruslah belajar secara efe (enjoy-fokus-enjoy) gitu.
enjoy yang pertama akan tiba masa permulaan semester diikuti fokus yang tiba masa mid-term exam dan final. Dan berakhir dengan enjoy sebab exam dah habis. *belajar untuk exam? apakah.*
Ayat macam tunggang langgang lah. Harap cikML faham. >.<



saya tag cik ayuerobin dan irahehe dan farhah firhat untuk kontes ini! jom join.hadiah menarik oh dari moscoww!!
yang lain pon boleh join!! >.<

Monday, June 21, 2010

tagged untuk hari selasa

i've been tagged by mizzlullaby ♥♥ tengs ya dear..


Apa yang anda buat bila anda tahu member anda tikam belakang anda?
oh shit. sakit kot tikam belakang aku. baiklah, kalau dah kena tikam, rawatlah luka dek tikaman tu. perkara pertama yang aku buat, nangis dulu kot. sebab airmata adalah pengubat duka. nangis sampai lebam kemudian tidur. bangun, mesti tak ingat apa membe tu buat >.<

6 orang di hati anda
abah
ibu
anip
abi
hani
maman
hanis
si dia
kawan kawan baik
kawan kawan rapat
semua ♥



Anda rasa anda comel
rasa biasa tapi bersyukur dengan kurniaan NYA.

Single or taken?
taken

Blog yang saya suka?
blog yang ada sense of humor dan penulis yang tak sombong

Adakah bilik anda kemas setiap hari?
tak kemas setiap hari sebab dah kemas kot.ha ha.
eh.tapi perlu lah kemas kalau dah bersepah


Lagu terakhir yang anda dengar
fifa world cup south africa 2010 theme song

Last text message
"haha.hbs tu td dia ckp xleh tlg ambik kan kalau takda ic kwn?nanti aku nak mintk cmana?suh dia kol ko ke?or nak aku lempang muka dia suh bg jgak?"
sms dari afifee.my classmate.

Last phone call
my best fren, aina

Hari terakhir anda menangis?
hari ahad

List 5 kaler feveret anda
hitam merah hijau ungu coklat

bila kali terakhir YM?
semalam dengan hani (my sister).
tolong dia buat assigment.


Game yang anda paling suka?
currently sorority life.


Adakah anda peminat MCR
bukan peminat tegar.
tapi boleh layan lah lagu mereka.


Anda rasa tag ni best?
best macam mana? macam makan pisang goreng?
semalam baru makan pisang.

Tagged lagi 10 orang
faiz, itik kejam, rathi, one, yana, sumaiyah, laila, kak sonnet, nasik putih, adda-yummy
 dan kamu lah yang membca.

Friday, June 18, 2010

PAULINE'S FIRST GIVEAWAY

mari mencuba nasib di belog pauline dengan harapan mendapat hadiah sempena perlepasan beliau dari kem khidmat negara. KLIK SINI UNTUK JOIN YEA!



Saya berharap saya adalah orang yang bertuah itu. he he. goodluck kepada semua yang masuk!

Mimpi Gadis bahagian 1.


*dalam entry mimpi gadis ini saya hanya nak promote belog kategori best edisi malaya taw*

Hari ini hari jumaat. Malam tadi mimpi satu gadis ini, maka saya rasa macam nak tulislah pasal gadis itu.
Perkenalkan, bakal doktor: Fatin Liyana Asri yang merupakan pelajar medik dekat bandung, indonesia.
Punca utama termimpi kan cik fatin ni sebab gambar ini.



cantik gilos sangat okeh baju cik fatin plus dengan keaayuan si pemakai. Bagi yang ingin terjah ke belog cik fatin, sila ke sini. Bagi yang dah selalu terjah, jom pergi terjah lagi. Belog dia best. Ada resipi, ada fashion dan pernah juga ada sale. Sale dia sangat laku okeh dalam masa yang pantas sudah sold out.
Ramai yang tanya dia pakai produk apa-apa dan apa sebab kulit dia cantik kan. Nak tahu rahsia nya, formspring cik fatin ni ya.

Bagi cik fatin yang menggemari warna hitam putih dan ungu ini " things happen for reason. try to look at the -ve side the other way around".

Wednesday, June 16, 2010

MEET MY KUKU DAN RARA ♥

kalau deco bersama eric menampilkan hiasan untuk rumah, aku pula nak berkongsi hiasan untuk rumah pasangan bahagia kuku dan rara. Untuk pengetahuan, kuku dan rara sah bergelar pasangan sejak lebih setahun yang lalu.Di awal usia hidup mereka, mereka hidup sangat bersederhana. Hanya berbekalkan sebuah akuarium yang sangat kecil dan hanya muat-muat bagi mereka dan seketul batu untuk hiasan tambahan.



tengok, aku dah kata. sangat sederhana mereka hidup dan menjana pendapatan dengan menarik perhatian kanak-kanak sahaja.



sekarang, badan kuku dan rara semakin membesar. umur semakin meninggat dan mereka memerlukan tempat yang lebih luas dan lebih kondusif gitu. tapi anak tak ada lagi. berapa tahun merancang cik kak oi?teringin nak timang cucu.ha ha ha.


Pengalaman selama setahun menjaga kura-kura ni kan, adalah yang paling utama untuk memberi makan of course TAPI kebersihan air juga KENA dititikberatkan. Kura-kura tak suka woo air kotor-kotor dan digalakkan guna air mineral/ air bertapis untuk mereka. Kalau dulu, aku perlu menggantikan air SETIAP HARI sebab sisa makanan menyebabkan air keruh.



kura-kura saya makan lady's choice. kura-kura anda?
Lubang pada akuarium (kiri) adalah saluran untuk air di pam keluar.



sebenarnya, dalam bekas lady's choice tu aku letak beberapa ketulan arang, kapas dan penapis
(berfungsi sebagai penapis semulajadi) supaya air yang masuk semula ke dalam akuarium bersih.



sediakan satu ruang santai pada akuarium dengan meletakkan ketulan-ketulan batu sungai supaya kura-kura dapat berehat sambil mendengar music kegemaran. mereka kan hidupan dua alam. mereka memang suka alam darat dan air.



papa
: hai mak nye, moh le kite rehat dulu. penat dari tadi asyik berenang.
mama: iyolah ayahnye (sambil berlari-lari anak mendapatkan sang suami).


rentetan sejarah:

4 APRIL 2009: kuku dan rara tiba-tiba muncul depan pintu bilik hostel dekat U dulu. ada orang bagi sempena birthday yang ke 19.
sungguh terkejut dan teruja sebab memang mengimpikan sepasang kura-kura untuk dijadikan teman.
TERIMAKASIH PEMBERI!!


seminggu kemudian: si betina jatuh sakit lalu meninggal dunia. Aku dengan sedih telah meng-khabarkan berita tersebut kepada pemberi tadi. Beliau kemudian membeli seekor lagi betina yang memang serupa supaya si jantan tidak berasa sedih dan sunyi. Orang baru ini nampaknya serasi dan memberi sinar kepada si jantan untuk hidup bersama.


credit to the whole fmly mmbers yang bersama-sama menjaga kuku dan rara.!!

kongsilah pengalaman menjaga kura-kura anda ya!

Saturday, June 12, 2010

tangisan jiwa bergema di penang.

test suara 1 2 3..Alhamdulillah masih diberi kesempatan menghirup udara di bumi Allah ini.Baru-baru ini (khamis, 10 june 2010) saya menyertai skuad sukarelawan ipta zon utara bagi program"TANGISAN JIWA".

Program ini dianjurkan oleh pihak USM dan objektif kempen itu adalah untuk memberi kesedaran secara langsung mahupun tidak langsung kepada masyarakat mengenai seriusnya permasalahan sosial itu termasuk kesan yang akan ditanggung individu, keluarga mahupun negara jika terus seandainya terjebak dalam gejala seumpama itu.

flyers yang diedarkan di sekitar penang.

meet MAMU raja lawak, mesti mariiiiiiiiiiii...

sebelum upacara perasmian dan pelepasan para sukarelawan
ke tempat tempat yang telah ditetapkan.kumpulan kami menawan
station feri, padang kota dan komtar.


the group members.

dan saya theHusnaM bersama-sama prihatin dengan masalah ini, anda bagaimana?







sertai kami di facebookdan blog.
semoga usaha ini sedikit sebanyak dapat menyumbang dalam mengatasi gejala ini. Bukan hanya tertumpu kepada gejala pembuangan bayi, malah juga kepada kes penderaan kanak-kanak, kes penculikan kanak-kanak dsb.
Janganlah memperlakukan anak kecil dengan sifat keganasan seorang insan dewasa. Amboi hang, mentang-mentang budak tu kecil, toksah aih duk gengstar sangat. Class apa ni duk dera budak-budak.

Tak GENTLEMAN/woman SUNGGUH!