Friday, October 29, 2010

mak lampir kembali.

amaran: tajuk tak berkaitan dengan entry ini dan umur 15 tahun setengah (1/2) diperlukan untuk membaca entry ini.

Alkisah semalam. Aku berhajat untuk membuat salinan (potostat) soalan-soalan tahun lepas subjek fluid haziq punya. Maka aku telah pergi ke sebuah kedai nun di seksyen 2.

1. masuk ke kedai tersebut dan menerangkan kepada brother kat situ yang aku nak potostat single sided sahaja. Secara original, soalan-soalan tersebut berbentuk double-sided. Tapi aku nak buat single-sided.

2.brother tu dengan macho mengangguk tanda memahami kehendak aku. (mood: gembira)

3.sambil menunggu, pergi makan kfc dengan lahapnya. Dah lama tak makan kfc, dan aku suka kannya!

4. Habis makan, pergi kedai brother tu semula dan bayar.(mood: semangat nak jawab soalan-soalan)

5. Naik bas rapid balik kolej dan belek-belek yang di-potostat tadi.

6.Terkejut bukan kepalang sebab brother tu betul-betul bikin aku baran. Baran macam mana?
macam ni:    T__________________T

7. Brother tu potostat memang muka surat depan sahaja. Contoh macam soalan 1 muka surat depan dan soalan 2 muka surat belakang, soalan 3 muka surat depan balik dan seterusnya. Jadi untuk semua past year question tu, memang tak lengkap. Soalan 1 ade, soalan 2 takda, soalan 3 ada balik.

8.Aku tetap bersabar.

9.Pergi print soalan-soalan yang tidak ter-potostat oleh brother tu.

10.ucapan untuk brother itu: wa caya sama lu beb!! T________T

5 comments:

  1. nampak kebengangan disitu..haha..sabar2..bak kata johan raja lawak.."insan yang cemerlang datangnya dari akal yang bersih"..haha
    **HIT MY LATEST UPDATE HERE**

    ReplyDelete
  2. haha..sabar eh meon.macm kesian lak aku tgk hang nih..jgn hilang mood nak exam sudah..

    ReplyDelete
  3. weyh~
    kedai mne ko pg...xnk ah aku pg situ..hoho

    punye laa byk kedai photostet kat dlm...
    kat luar jgk yg kau pg...
    hahaha

    ReplyDelete
  4. kekekeke...lawak la brader tu..lenkali jangan tau angguk je..kikiki

    ReplyDelete
  5. Ak biasa menghadapi perkara2 sebegini...
    mood> memahami!

    ReplyDelete

terimakasih daun keladi.arigato gozaimasu!