Sunday, May 30, 2010

kraftangan: membuat bunga dipdip

assalammualaikum dan salam sejahtera.
Bagi memeriah kan lagi cuti sekolah yang bakal menjelang tiba, disini cek inginlah berkongsi sedikit pengetahuan yang baru dipelajari beberapa minggu lepas. Actually (sebenarnya), cek sedang menjalani kelas menjahit. Tetapi kelas menjahit ni sangatlah bermakna lagi bermutu tinggi kerana cek bukan sahaja belajar teknik mengukur badan, teknik membuat pola, teknik menggunting kain dsb, malah cek juga berkesempatan mempelajari ilmu kerastangan lah pada mula nya (sebab cek tangan tak seni ). Tapi cek berusaha juga bagi jadi kraftangan tahu..

Bunga dipdip tu saja ja cek tambah bagi glemer mak ngah. Orang kebiasaan panggil "bunga dip"
Sebab kite guna cecair q-dip (q-dip liquid). Ia agak mudah dan sesuai untuk semua peringkat umur yang dapat beza antara tajam, tumpul, cecair, pepejal.

Secara ringkas nota seorang remaja, beginilah;

Bahan-bahan mentah (raw materials): 
CECAIR Q-DIP 
membuat pilihan warna kegemaran tidak salah.mengikut kreativiti.

ACUAN SILINDER
contoh nya seperti penutup botol mineral dan cawan plastik.
Makin besar saiz acuan silinder, makin besarlah saiz kelopak bunga atau daun yang bakal kita buat.

DAWAI
PITA PELEKAT
GUNTING DAWAI
SERBUK KILAU (GLITTER)
HIASAN TAMBAHAN
Langkah- langkah:

1) Bentukkan dawai mengikut bekas silinder. Kemudian, dari bentuk silinder, dengan tangan yang penuh seni liuk letukkan dawai menjadi rangka kelopak-kelopak bunga dan helai-helai daun merimbun.


2) Sejurus itu, celupkan rangka kelopak dan dedaun ke larutan q-dip. Pastikan larutan sekata dan tidak terlalu nipis kerana dikhuatiri gentian nya akan rosak (koyak) apabila sudah keras nanti. Cikgu cek kata, kalau larutan terlalu pekat, tambahkan sedikit larutan "tinner" bagi mengperhalusi larutan supaya mudah membentuk pada rangka.



3)Taburkan secara rawak serbuk kilau mengikut kreativiti.(kalau taknak pon takpa)
Serbuk kilau yang berkualiti dapat menyilaukan mata dan orang akan memuji 
"wah, cantiknya gubahan kau".hahaha

4) Cantumkan kelopak-kelopak membentuk bunga yang sudah di-igaukan semasa membuat rangka.
Kemudian, rapatkan cantuman kepada batang lidi (macam pencucuk satay dan bunga telur) dan dililit dengan pita pelekat supaya lebih kemas dan tampak profesional.

5) Hiaskan dengan hiasan tambahan. Boleh membentuk bunga telur, hantaran dsb.
Semua pon boleh....





CECAIR Q-DIP

Jangan biar terdedah kepada udara, mudah menjadi pekat/keras.



Hasil tangan cek yang tak seberapa. Ini pertama kali cek menggubah
dan memintal dawai untuk gubahan. Ada bunga bentuk "LOVE"
dan bentuk rerama.



Ini contoh rangka se-kelopak bunga. Bentuk pon sedih je tengok.


diperoleh disini. Sangat cantik okeh.




sini juga cantik gila. Menangis terharu.




Berbaju ungu itulah cikgu cek.
Banyak sangat ilmu yang cek tak penah dalami, dia ajar.
Terima kasih cikgu.
Kiri dan kanan kawan seperjuangan cek.
Bergotong-royong sesama kawan sekelas menaikkan lagi mood
dengan diiringi lagu yang sayup-sayup dari radio antik milik cikgu.


Cek tak percaya cek lakukan semua ini sebab dulu
cek bukanlah minat bab-bab ekonomi rumah tangga dan seangkatan.
Boleh buat bisnes woo. Cikgu cek kata boleh jual sekuntum rm12.00.
Kalau dah 100 kuntum?

17 comments:

  1. oh...ni gopenye bunge dip dip..heheheh

    ReplyDelete
  2. biar betul sekuntum 12.00??? modal bape?
    kawen ko nanti ko wat bunga pahar sendiri lah ye

    ReplyDelete
  3. menarik2...kiri tu macam kenal je...nadiah rani ke? auuu jeleznye tgk u blajar jait2 ni...nk join buley lagi ke?

    ReplyDelete
  4. waahhh...boleh buat hantaran kawin ni...hehe

    ReplyDelete
  5. whoa, tips da de..leh cube2 wat nih

    ReplyDelete
  6. weh...kate nk join kontest..lme aku tggu..

    T_T

    ReplyDelete
  7. @one_munawwarah

    modal satu botol cecair q-dip tu not more than rm20..setakat dawai, hiasan tambahan, berapa sangat lah kan. memang boleh buat bisnes tapi kena tekun lah.hihihi.

    ReplyDelete
  8. @imah

    hye imah.yg tu bukan nadia rani.yang itu kak ruhul. menarik kan.boleh je join..di taman perpaduan.

    ReplyDelete
  9. @AyuE
    hantaran untuk kak ayue pon boleh.hihi

    ReplyDelete
  10. akak nak kawin dah ni..

    boleh tempah?

    tapi xyah cas la.. kengkawan xkan berkire kot..

    haha...

    ReplyDelete
  11. uiks...ingat senang ke....nak buat rangka tu agak mencabar.....tu psl harga mahal.....kreativiti pun ada bayarannya...xkan free...btl x??

    ReplyDelete
  12. As salam....nak mintak pendapat....sy ada buat tempahan dr rakan pejabat...tp x reti letak harga cos x gi kursus lagi....& semua bunga2 tu belajar sendiri jer...

    agak2nya ada sapa tau bpr patut sy letak harga?

    gambar2 sy upload di blog saya

    http://ina-gubahan.blogspot.com/

    ReplyDelete
  13. 1 botol dapat berapa kuntum ya..kat mana boleh beli ya?

    ReplyDelete

terimakasih daun keladi.arigato gozaimasu!